Nabila Razali bergelar isteri ahli perniagaan

Nabila dan pasangan pada majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang. - Foto ModerateKL
Nabila dan pasangan pada majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang. - Foto ModerateKL
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PENYANYI, Nabila Razali, 31, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada jam 10.11 pagi pada Sabtu.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali telah selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz Zarin Che Lah di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.

Dalam majlis yang bertemakan English Garden ini, Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya dalam satu kenyataan.

Nabila dan pasangan selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang. - Foto ModerateKL
Nabila dan pasangan selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang. - Foto ModerateKL

Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat dan juga selebriti.

Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin.

Artikel Berkaitan:

Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi.

Pasangan itu bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan Garden party formal yang berlangsung pada sebelah petang di tempat yang sama.

Nabila ketika majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang. - Foto ModerateKL
Nabila ketika majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang. - Foto ModerateKL