'Tiada seorang pun daripada kami suka kalah'

Messi - Foto AFP
Messi - Foto AFP
A
A
A

RENTAK kemenangan juara dunia Argentina dalam 14 perlawanan berakhir selepas dijinakkan Uruguay dalam aksi Kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan di Stadium Bombonera, Buenos Aires.

Gol jaringan pemain pertahanan Ronald Araujo pada minit ke-41 sebelum penyerang Liverpool, Darwin Nunez memastikan kemenangan mutlak menerusi gol minit ke-87 dalam pertembungan sengit tersebut.

Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan pertama Lionel Messi yang mengetuai Argentina dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026 dan kekalahan pertama sejak dikejutkan Arab Saudi 1-2 pada pusingan akhir 2022 di Qatar tahun lalu

“Menjadi juara dunia tidak menjadikan kami tidak terkalahkan, hari ini Uruguay lebih baik daripada kami. Kami perlu mengucapkan tahniah kepada mereka.

“Tiada seorang pun daripada kami yang suka kalah, tetapi kami perlu membuka halaman, fikirkan apa yang akan datang dan betulkan,” kata pengendali Argentina, Lionel Scaloni.

Bagaimanapun kekalahan itu tidak menjejaskan kedudukan La Albiceleste sebagai pendahulu kumpulan dengan 12 mata selepas mengharungi lima perlawanan yang sebelum ini memenangi semua empat perlawanan kelayakan pembukaan mereka.

Tiga mata diraih La Celeste kendalian Marcelo Bielsa meletakkan pasukan tersebut di tempat kedua dengan 10 mata.​

Dalam pada itu, Messi mengakui sentuhan Bielsa membantu Uruguay bermain dengan lebih tersusun ketika berdepan tekanan La Albiceleste.

Artikel Berkaitan:

“Dalam semua pasukan atau kelab kebangsaan, termasuk Argentina, gayanya sangat dikenali. Dan dia mempunyai generasi pemain yang baik (di Uruguay).

“Mereka adalah pasukan yang sengit dan sukar untuk kami bermain permainan kami. Mereka mempunyai pemain fizikal dan pantas di bahagian tengah.

"Kami tidak pernah berasa selesa dan kami tidak menemui jalan untuk menguasai bola untuk tempoh yang lama.

“Jadi permainan ini dimainkan dengan pantas dan kami jatuh dengan gaya itu, yang bukan yang terbaik untuk kami,” kata Messi selepas perlawanan.