Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Pada jam 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6850/6910 berbanding dolar AS daripada 4.6695/6755 sewaktu ditutup pada Khamis. - Foto hiasan
Pada jam 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6850/6910 berbanding dolar AS daripada 4.6695/6755 sewaktu ditutup pada Khamis. - Foto hiasan
A
A
A

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan terhadap dolar AS menyusut manakala hasil Perbendaharaan AS juga merosot, kata penganalisis.

Pada jam 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6850/6910 berbanding dolar AS daripada 4.6695/6755 sewaktu ditutup pada Khamis.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Tuntutan Pengangguran AS meningkat kepada 220,000 minggu lepas berbanding 218,000 sebelum ini, yang menunjukkan bahawa pasaran buruh AS semakin perlahan, sekali gus menyebabkan Rizab Persekutuan AS dijangka mengekalkan kadar faedah stabil pada bulan depan.

"Hasil Perbendaharaan AS untuk dua tahun dan 10 tahun masing-masing mencatatkan 7.0 dan 9.0 mata asas lebih rendah kepada 4.84 peratus dan 4.44 peratus, manakala Indeks Dolar AS (DXY) pada kadar stabil iaitu 104 mata.

"Sehubungan itu, ringgit sewajarnya berada pada trajektori positif hari ini,” kata Mohd Afzanizam.

Di dalam negara, beliau menjangka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2023 yang akan diumumkan hari ini -- pada 3.0 peratus, lebih baik berbanding 2.9 peratus pada suku kedua 2023.

"Ini terutamanya berdasarkan langkah perbelanjaan yang berhati-hati dalam kalangan pengguna selain permintaan luaran yang lemah akan menyebabkan KDNK berkembang pada tahap sederhana,” katanya.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Artikel Berkaitan:

Mata wang tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1090/1132 daripada 3.0963/1005 sewaktu ditutup pada Khamis dan turun berbanding pound Britain kepada 5.8152/8226 daripada 5.8103/8178 semalam, namun meningkat berbanding euro kepada 5.0824/0889 daripada 5.0832/0897 sebelum ini.

Pada masa sama, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asia lain.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4765/4812 daripada 3.4737/4784 pada Khamis dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.42 daripada 8.40/8.41 sebelum ini.

Ringgit lemah berbanding baht Thailand kepada 13.2256/3511 daripada 13.2065/2286 semalam, namun meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 301.0/301.5 daripada 301.1/301.7 sebelumnya. - Bernama