Arteta terlajak kata...

Arteta
Arteta
A
A
A

TERLAJAK kata buruk padahnya itulah yang menimpa pengendali Arsenal, Mikel Arteta apabila komennya selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), The Gunners menentang Newcastle United baru-baru ini didakwa menghina pegawai perlawanan.

Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) berkata, pengendali kelahiran Sepanyol itu berdepan tindakan apabila didakwa melanggar Peraturan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) E3.1.

"Mikel Arteta telah didakwa melanggar Peraturan FA E3.1 berikutan komen yang dibuatnya dalam wawancara media selepas perlawanan liga di St James' Park pada 5 November lalu.

"Dia didakwa susulan komennya merupakan salah laku apabila menghina pegawai perlawanan dan atau memudaratkan permainan dan atau mencemarkan nama baik permainan,” kata badan induk bola sepak Inggeris itu dalam satu kenyataan.

Arteta sebelum ini menyelar EPL sebagai satu liga yang hina dan memalukan selepas barisan pengadil termasuk Video Bantuan Pengadil (VAR) membenarkan gol kontroversi Anthony Gordon

Bekas pemain Arsenal itu juga menyifatkan keputusan untuk tidak menolak jaringan Gordon dalam kekalahan 0-1 kepada Newcastle United pada 5 November itu sebagai memalukan selepas gol itu kekal berikutan penilaian VAR tiga kali

VAR memutuskan untuk mengiktiraf gol tersebut, sekali gus memberikan kekalahan pertama The Gunners dalam kempen EPL musim ini selepas mengambil masa yang begitu lama meneliti tiga kesalahan itu.

“Bagaimana jaringan ini boleh disahkan dalam EPL yang dikatakan liga terbaik di dunia? Sesungguhnya ia amat memalukan dengan apa yang telah berlaku.

Artikel Berkaitan:

“Saya sudah 20 tahun di negara ini dan sekarang saya berasa malu. Ia memalukan dan tidak cukup baik. Saya berasa malu untuk menjadi sebahagian daripada ini.

Kami tak layak tewas dan anda sendiri boleh melihat sebabnya,” kata Arteta.

Bekas pembantu Pep Guardiola di Manchester City itu, mempunyai masa sehingga 21 November untuk memberikan respons terhadap pertuduhan itu.