Operator menara kren maut ketika bertugas

Anggota Bomba dan Penyelamat menurunkan seorang pekerja operator menara kren yang ditemui meninggal dunia di sebuah tapak pembinaan di Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto ihsan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Gambar kanan: Mangsa berjaya dibawa turun oleh anggota dengan menggunakan bantuan dari menara kren bersebelahan pada Khamis. - Foto ihsan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja operator menara kren ditemui meninggal dunia di sebuah tapak pembinaan di sini pada Khamis.

Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba Mior Muhammad Fikri Mohd Zaini berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan untuk membantu membawa turun mangsa dari menara kren itu, pada jam 5.43 petang.

"Seramai 10 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat serta Unit High Rise bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mior Muhammad Fikri berkata, setibanya pasukan bomba pada jam tujuh minit kemudian mendapati seorang lelaki berusia 27 tahun tidak sedarkan diri di dalam kabin menara kren itu.

"Pemeriksaan dari pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Mangsa berjaya dibawa turun oleh anggota dengan menggunakan bantuan dari menara kren bersebelahan pada jam 7.46 malam.

"Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Artikel Berkaitan: