Arwah pesan pegang teguh suruhan ALLAH, al-Quran, hadis - Ina

Ina (kiri) ditemani anak sulung Ehmad Hadie ketika ditemui di Felcra Sungai Ara pada Khamis.
Ina (kiri) ditemani anak sulung Ehmad Hadie ketika ditemui di Felcra Sungai Ara pada Khamis.
A
A
A

KOTA TINGGI - Arwah suami pernah berpesan agar anak-anak berpegang teguh kepada suruhan ALLAH, al-Quran dan hadis, kata Nordiana Mohd Naim, 39.

Nordiana atau Ina berkata, pesanan itu diberikan Allahyarham Mohd Suhaimi Saad, 43, kepada semua anak-anak mereka setiap kali berbual ketika sedang sakit di kediaman mereka di Kota Bharu, Kelantan.

"Biasanya kami akan bersembang sekeluarga.

Ina (tengah) bersalaman saudara mara yang hadir di rumah bapanya di Felcra Sungai Ara pada Khamis.
Ina (tengah) bersalaman saudara mara yang hadir di rumah bapanya di Felcra Sungai Ara pada Khamis.

"Allahyarham ada cakap sudah selesai tanggungjawabnya mengajar kamu (anak-anak) mengenali ALLAH, al-Quran dan hadis.

"Pegang kuat-kuat (tiga perkara ini)," katanya ketika ditemui di kediaman bapanya di Felcra Sungai Ara di sini pada Khamis.

Menurut Ina, arwah suami dan anak-anak sempat bermaafan sebelum mereka sekeluarga pulang ke Johor pada minggu lepas.

"Semasa dalam keadaan Allahyarham sakit, kami telah bermaafan sebelum saya membawa Allahyarham pulang ke Johor.

Artikel Berkaitan:

"Allahyarham juga pesan suruh anak-anak jaga saya jika ajal menjemputnya, saya juga diminta menjaga anak-anak," katanya.

Pekarangan rumah bapa Ina di Felcra Sungai Ara dipenuhi ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan pada Khamis.
Pekarangan rumah bapa Ina di Felcra Sungai Ara dipenuhi ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan pada Khamis.

Suhaimi berkahwin dengan Nordiana Mohd Naim, 39, pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15; Sallman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Pada Rabu, Mohd Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.40 petang di Hospital Sultan Ismal (HSI) akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Jenazah Mohd Suhaimi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara pada pagi Khamis.