City catat untung luar biasa

Keuntungan City turut disumbangkan oleh kejayaan memenangi treble musim lalu.
Keuntungan City turut disumbangkan oleh kejayaan memenangi treble musim lalu.
A
A
A

SELEPAS meraih treble pertama mereka musim lalu, Manchester City mengumumkan berjaya meraih keuntungan dan pendapatan tertinggi kelab itu sekali gus diiktiraf sebagai jenama bola sepak paling berharga di dunia.

Kelab itu yang dimiliki oleh Sheikh Mansour sejak Ogos 2008, memperoleh pendapatan sebanyak £712.8 juta (RM4.1 bilion) hingga Jun 2023, menurut laporan tahunan Manchester City FC Ltd.

Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 16.3 peratus berbanding musim lalu dengan rekod keuntungan bersih sebanyak £80.4 juta (RM469.24 juta).

“Musim 2022-23 menyaksikan Manchester City mencapai tahap baharu dan menetapkan penanda aras baharu.

"Pendek kata, musim lalu menyaksikan Manchester City mencapai tahun bola sepak dan komersil terhebat dalam sejarahnya," kata pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak dalam satu kenyataan.

Manchester City
Manchester City

City mengalami pertumbuhan sepanjang tahun sebelumnya merentas semua aliran pendapatan komersial, hari perlawanan dan penyiaran.

Hasil komersil menyumbang £341.4 juta (RM2 bilion), diikuti dengan hasil siaran £299.4 juta (RM1.7 bilion) dan kemudian pada hari perlawanan pada £71.9 juta (RM420 juta).

Artikel Berkaitan:

City berada di kedudukan teratas dalam senarai Brand Finance Football 50 dengan nilai jenama £1.51 bilion (RM8.82 bilion), mengatasi pasukan LaLiga Real Madrid £1.46 bilion (RM8.52 bilion).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!