Tangan hancur tersepit mesin pengisar daging

Anggota bomba berusaha mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit dalam mesin pengisar daging ketika dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kemaman. Foto: JBPM
Anggota bomba berusaha mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit dalam mesin pengisar daging ketika dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kemaman. Foto: JBPM
A
A
A

KEMAMAN - Seorang wanita dikejarkan ke Hospital Kemaman di sini pada petang Rabu selepas tangan kanannya tersepit dalam mesin pengisar daging.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai, Mohd Zailani Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan oleh pihak hospital jam 4.42 petang bagi membantu menanggalkan komponen mesin berkenaan.

Katanya, anggota bomba melakukan operasi memotong mesin pengisar itu menggunakan playar dan mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit selepas dibius oleh pihak hospital.

"Keadaan tangan mangsa ketika itu hancur sehingga menghampiri paras pergelangan tangan kanan dan semua jari tangan kanan hancur.

"Usaha mengeluarkan tangan mangsa mengambil masa setengah jam dan mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk menerima rawatan lanjut, " katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa wanita yang berusia 31 tahun itu menggunakan mesin berkenaan untuk membuat daging burger.

Artikel Berkaitan: