Cuaca Mendung

A
A
A

Penduduk di gugusan kepulauan Tumpat melakukan rutin harian mereka dalam keadaan cuaca mendung dan awan gelap ketika tinjauan di jeti Kuala Besar, Kota Bharu, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan negeri Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa pada 16 hingga 18 November 2023.

Manakala bagi negeri Pahang dan Sabah pula berkuat kuasa pada 17 hingga 19 November 2023.

Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di pantai timur dan utara Semenanjung serta timur Sabah dalam tempoh berkenaan. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan: