Bekalan makanan kepada mangsa banjir mencukupi

Foong Hin (dua dari kiri) semasa Majlis Pelepasan Pengedaran Kit Makanan MTL di Pusat Memproses Makanan FAMA Kuala Selangor di Tanjong Karang pada Rabu.
Foong Hin (dua dari kiri) semasa Majlis Pelepasan Pengedaran Kit Makanan MTL di Pusat Memproses Makanan FAMA Kuala Selangor di Tanjong Karang pada Rabu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kerajaan memberi jaminan bantuan bekalan makanan bagi semua mangsa banjir di seluruh negara mencukupi sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) bermula dari November hingga Mac tahun depan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, tiada isu bekalan tidak mencukupi sebaliknya penyaluran bantuan telah digerakkan sejak awal bulan lalu.

"Bantuan bekalan makanan mencukupi dan jumlah itu akan ditambah bergantung kepada situasi bencana berkenaan," katanya selepas merasmikan Majlis Pelepasan Pengedaran Kit Makanan MTL di Pusat Memproses Makanan FAMA Kuala Selangor di Tanjong Karang di sini pada Rabu.

Foong Hin membuat simbolik pada Majlis Pelepasan Pengedaran Kit Makanan MTL di Pusat Memproses Makanan FAMA Kuala Selangor di Tanjong Karang pada Rabu.
Foong Hin membuat simbolik pada Majlis Pelepasan Pengedaran Kit Makanan MTL di Pusat Memproses Makanan FAMA Kuala Selangor di Tanjong Karang pada Rabu.



Foong Hin memberitahu, pada masa ini, sebanyak 60,000 kit makanan disedia Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk diedarkan kepada mangsa banjir seluruh negara.

Jelas beliau, bantuan itu melibatkan dua fasa dengan 40,000 daripadanya perlu disediakan sebelum hujung tahun ini termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Ini merupakan persiapan tahunan sebagai bantuan awal kepada setiap keluarga mangsa banjir melibatkan keperluan asas dan produk makanan.

"Bekalan kit itu antaranya meliputi masing-masing 6,000 bagi mangsa di Kelantan, Terengganu, Pahang, Terengganu dan diikuti 5,000 bekalan bagi Johor, Sabah dan Sarawak (8,000), Kedah (2,500), Negeri Sembilan (2,000), Selangor (1,500) dan Perak (1,000)," kata beliau.

Artikel Berkaitan:

Chan Foong Hin (depan) meninjau persiapan semasa Majlis Pelepasan Pengedaran Kit Makanan MTL di Pusat Memproses Makanan FAMA Kuala Selangor pada Rabu.
Chan Foong Hin (depan) meninjau persiapan semasa Majlis Pelepasan Pengedaran Kit Makanan MTL di Pusat Memproses Makanan FAMA Kuala Selangor pada Rabu.



Menurut Foong Hin, sebanyak 200 hingga 800 kit pula meliputi Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Wilayah Persekutuan.

"Keseluruhan kit itu berisi 12 produk makanan termasuk beras, garam dan gula itu dianggarkan dengan nilai keseluruhan RM9 juta," jelas beliau.

Tambah beliau, FAMA setakat ini sudah menyerahkan kira-kira-kira 24,000 kit kepada Nadma untuk disalurkan kepada mangsa bencana.

Beliau memberitahu, sebanyak 295,214 kit makanan berjaya dibekalkan di seluruh lokasi bencana sepanjang tempoh 2015.

"Setakat ini kita hanya mempunyai sebuah pusat memproses kit itu iaitu di Pusat Memperoses Makanan FAMA Kuala Selangor di sini," ujar beliau.