5,000 pengunjung teruja lihat gerhana matahari anulus

Solat sunat gerhana di Taman Negara Johor Tanjung Piai tengah hari tadi.
Solat sunat gerhana di Taman Negara Johor Tanjung Piai tengah hari tadi.
A
A
A

PONTIAN - Kira- kira 5,000 pengunjung membanjiri pekarangan Taman Negara Johor Tanjung Piai (TNJTP) bagi menyaksikan fenomena astronomi yang jarang berlaku di negara ini iaitu gerhana matahari anulus atau cincin.

Seawal jam 8 pagi pekarangan TNJTP sudah dipenuhi orang ramai, pelajar dan penyelidik dari sekolah dan universiti tempatan serta pelancong asing.

Program Solar Fest dimulakan dengan bual bicara gerhana matahari anulus bersama Pakar Astrofizik Negara, Profesor Emeritus Datuk Mazlan Othman dan Profesor Dr Bambang Hidayat daripada Indonesia.

Detik pengiraan gerhana matahari separa bermula kira-kira jam 11.25 pagi kemudian sesi cerapan dilakukan melalui cermin mata khas selain pengkaji dan pelajar melakukan cerapan menggunakan peralatan teleskop.

Pengkaji dari pelbagai universiti bersedia dengan peralatan teleskop masing-masing untuk menyaksikan gerhana matahari anulus di Taman Negara Johor Tanjung Piai.
Pengkaji dari pelbagai universiti bersedia dengan peralatan teleskop masing-masing untuk menyaksikan gerhana matahari anulus di Taman Negara Johor Tanjung Piai.

Bagi yang beragama Islam, mereka menunaikan solat sunat gerhana di kawasan khas yang disediakan di pekarangan TNJTP.

Lintas langsung paparan imej gerhana matahari anulus dari negara Oman turut diadakan Planetarium Negara di skrin pentas utama kira- kira jam 12.10 tengah hari.

Suasana di TNJTP berubah daripada cerah kepada gelap secara perlahan-lahan bermula kira- kira jam 12.30 sehingga menghampiri detik gerhana matahari anulus berlaku kira-kira jam 1.21 tengah hari selama dua minit sahaja.

Artikel Berkaitan:

Faszly Rahim bersama isteri, Sharina Abu Hanifah, 38, dan enam orang anaknya berusia 9 hingga 2 tahun teruja melihat gerhana matahari di Taman Negara Johor Tanjung Piai.
Faszly Rahim bersama isteri, Sharina Abu Hanifah, 38, dan enam orang anaknya berusia 9 hingga 2 tahun teruja melihat gerhana matahari di Taman Negara Johor Tanjung Piai.

Tepukan gemuruh dan kiraan detik membuatkan TNJTP cukup ceria sewaktu gerhana matahari anulus berlaku.

Walaupun hanya berlaku dalam tempoh dua minit masing-masing tidak melepaskan peluang menyaksikan gerhana matahari anulus yang jarang-jarang berlaku di negara ini.

Hadir sama menyaksikan gerhana tersebut di TNJTP ialah Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan; Pengarah Planetarium Negara, Anita Bahari dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Yeo Tung Siong.

Aminolhuda (tiga dari kanan) menyaksikan gerhana matahari anulus di Taman Negara Johor Tanjung Piai.
Aminolhuda (tiga dari kanan) menyaksikan gerhana matahari anulus di Taman Negara Johor Tanjung Piai.