PDRM sahkan rakam percakapan Siti Mastura

Mohd Shuhaily - Foto Bernama
Mohd Shuhaily - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah merakam percakapan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, rakaman percakapan itu dilakukan bagi membantu siasatan berhubung ucapan yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap pucuk pimpinan DAP.

"Siasatan telah dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Undang Undang/Pendakwaan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

"Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kes masih di peringkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi berhubung perkara tersebut.

Ini kerana kata Mohd Suhaily, tindakan tersebut boleh mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

"PDRM juga ingin mengingatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan kemudahan aplikasi bagi maksud yang menyalahi undang-undang," ujarnya.

Artikel Berkaitan: