Sila log masuk terlebih dahulu.

Guan Eng mulakan tindakan undang-undang terhadap Siti Mastura

10 November 2023 | TikTok
A
A
A
BULETIN TIKTOK 10 NOVEMBER 2023

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memulakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas dari Pas, Siti Mastura Muhammad kerana mendakwa dia memiliki hubungan keluarga dengan pemimpin komunis Chin Peng, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, dan Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, tindakan itu diambil kerana mendapati Siti Mastura membuat fitnah dan dakwaan tidak benar kepada beliau, isterinya, Betty Chew dan beberapa lagi pempimpin parti itu.

Muzik: Night Rider 87-The Verge dari Artlist.co

#SinarHarian #BuletinTikTok #Politik #GuanEng #SitiMastura