Mayat wanita ditemukan separuh bogel, dikelar dipercayai dirogol

Mayat mangsa ditemukan di dalam semak di kawasan kebun pisang di Kampung Pisang Lahad Datu.
Mayat mangsa ditemukan di dalam semak di kawasan kebun pisang di Kampung Pisang Lahad Datu.
A
A
A

LAHAD DATU - Seorang wanita bukan saja dirogol tetapi turut dibunuh dengan kejam dengan kesan kelar pada leher sebelum mayatnya ditemui di kawasan semak sebuah kebun Kampung Pisang, di sini pada Selasa.

Mayat wanita berusia 36 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira jam 8.15 pagi selepas majikan memaklumkan mangsa tidak sampai ke tempat kerjanya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa merupakan seorang ibu kepada lima anak dan bekerja sebagai pembuat roti canai di sebuah restoran.

"Mangsa dipercayai telah keluar daripada rumah pada jam 6.15 pagi untuk ke tempat kerja dengan melalui laluan pejalan kaki di kawasan semak kebun pisang.

"Menurut saksi, mangsa tidak sampai ke tempat kerja dan pihak majikan bertindak menghubungi ahli keluarganya tetapi menurut mereka, mangsa telah keluar bekerja," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Barang mangsa turut ditemukan bersama mayat mangsa.
Barang mangsa turut ditemukan bersama mayat mangsa.

Susulan itu, Rohan berkata, ahli keluarganya keluar mencari mangsa sebelum menemuinya kira-kira 600 meter dari rumah dalam keadaan tidak bernyawa.

"Hasil siasatan, terdapat kesan hentakan benda tumpul di kepala dan kesan kelar di bahagian leher mangsa selain ditemui dalam keadaan separuh bogel.

Artikel Berkaitan:

"Pihak polis tidak menolak kemungkinan mangsa turut dirogol berdasarkan terdapat kesan air mani yang terdapat pada alat sulit mangsa.

"Selain itu, telefon bimbit milik mangsa juga didapati hilang dan tiada wang tunai ditemui di dalam dompetnya," katanya.

Tambah beliau lagi, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik untuk dibedah siasat dan kes disiasat 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.

"Polis sedang mengesan suspek dalam kes ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada balai polis terdekat atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Asisten Superintenden Kharuddin Husain di talian 013-9071709," katanya.