Lelaki maut tertimbus tanah ketika cari batu permata

Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa lelaki yang tertimbus dalam tanah di Taman Kedidi, Pasir Gudang, pada Sabtu.
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa lelaki yang tertimbus dalam tanah di Taman Kedidi, Pasir Gudang, pada Sabtu.
A
A
A

PASIR GUDANG – Seorang lelaki maut selepas tertimbus tanah dalam kejadian di kawasan berhampiran tangki air di Jalan Kedidi 26, Taman Kedidi di sini pada Sabtu.

Difahamkan, mangsa, Jamaluddin Wahab, 48, dari Taman Cahaya, Masai, bersama seorang rakannya pergi ke kawasan itu untuk mencari batu permata sebelum tertimbus.

Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba II Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 10 pagi.

Menurut beliau, seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang serta BBP Johor Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari balai.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Compact Fire Rescue Tender (CFRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Setibanya PKO di lokasi, terdapat seorang lelaki dewasa dipercayai tertimbus di dalam tanah. Pasukan kemudian menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi menyelamat terpaksa dihentikan sementara pada jam 11.46 pagi berikutan hujan lebat dan faktor keselamatan anggota di lokasi kejadian
Operasi menyelamat terpaksa dihentikan sementara pada jam 11.46 pagi berikutan hujan lebat dan faktor keselamatan anggota di lokasi kejadian

Beliau berkata, operasi menyelamat terpaksa dihentikan sementara pada jam 11.46 pagi berikutan hujan lebat dan faktor keselamatan anggota di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, operasi disambung semula selepas keadaan mengizinkan dengan anggota bomba menggunakan peralatan khas Paratech, cangkul dan skop bagi memudahkan kerja-kerja penggalian tanah.

“Mangsa berjaya ditemui dan dikeluarkan pada jam 12.33 tengah hari.

“Pegawai perubatan yang berada di lokasi kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Menurut Firdaus, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.53 tengah hari.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!