Integrity Hub Training 2.0 tampil kelainan, tarik 40 peserta

Peserta, penceramah serta Mudirah Muhammad Nor (enam daripada kanan) bergambar usai tamat program.
Peserta, penceramah serta Mudirah Muhammad Nor (enam daripada kanan) bergambar usai tamat program.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 40 peserta terdiri daripada staf Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dan kakitangan syarikat milikannya, menyertai program Integrity Hub Training 2.0 yang berlangsung di Dewan Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.

Program di bawah inisiatif MBI dengan kerjasama Rasuah Busters itu merupakan program lanjutan selepas ia mendapat sambutan baik daripada staf dan kakitangan berkenaan.

Bercakap kepada Sinar Harian, Ketua Jabatan Integriti dan Governans MBI (JIG MBI), Mudirah Muhammad Nor berkata, perubahan positif dapat dilihat dalam kalangan staf setelah tamat program berkenaan sebelum ini.

Mudirah Muhammad Nor.
Mudirah Muhammad Nor.

"Biasanya selepas berakhir program, kita akan meminta peserta yang terlibat untuk memberi maklum balas, ternyata kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa program ini amat memberi impak yang besar kepada mereka.

"Selain mereka mahukan program ini diadakan secara berterusan, apa yang boleh saya katakan peserta yang mengikuti program ini lebih terbuka mindanya dan lebih memahami tentang pentingnya menolak rasuah dalam kehidupan masing-masing," katanya selepas ditemui di Kumpulan Karangkraf pada Selasa.

Jelasnya, program ini mempunyai banyak kelainan antaranya penyampaian jurucakap yang bersifat santai dan mudah difahami, meskipun ia membincangkan topik berat iaitu mengenai rasuah telah berjaya memikat hati peserta.

"Program ini lain daripada yang lain, ia turut menyelitkan 'permainan' ketika program berlangsung, itu antara daya penariknya juga," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Justeru katanya, kerjasama antara pihaknya dengan Rasuah Busters akan berlanjutan sehingga tahun hadapan.

Integrity Hub Training 2.0 menampilkan jurulatih berpengalaman iaitu Coachakim, selain Syafiq Sakri di samping turut terlibat sebagai penceramah iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin.

"Ia, kami akan meneruskan kerjasama, untuk tahun depan slot untuk Rasuah Busters akan ada empat kali dan yang terdekat adalah pada 4 Disember ini," jelasnya.

Integrity Hub Training 2.0 menampilkan jurulatih berpengalaman iaitu Coachakim, selain Syafiq Sakri di samping turut terlibat sebagai penceramah iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin.

Syarikat yang berminat untuk bekerjasama dengan Rasuah Busters boleh menghubungi Wan Normi di talian 019-2802080.