Kapal Turkiye bawa hospital lapangan berlabuh di Mesir

Anggota Palang Merah Turkiye memantau penghantaran bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza. - AFP
Anggota Palang Merah Turkiye memantau penghantaran bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza. - AFP
A
A
A

ISMAILIA - Sebuah kapal Tukiye yang membawa alat kelengkapan hospital lapangan tiba di pelabuhan El Arish terletak berhampiran sempada Rafah yang melintasi Genting Gaza dilanda perang.

Ia merupakan kapal bantuan pertama yang tiba di Mesir sejak perang meletus pada 7 Oktober lalu dan mengorbankan lebih 11,000 penduduk Gaza yang dibedil tentera Israel.

Seorang pegawai kesihatan Turki memberitahu AFP bahawa kapal itu membawa alat perubatan, penjana, ambulans untuk menubuhkan lapan hospital lapangan.

Beliau menambah bahawa Ankara telah meminta kelulusan daripada Kaherah untuk membina hospital lapangan di El Arish yang terletak 40 kilometer dari sempadan Rafah, lintasan yang tidak dikawal Israel.

"Kami menerima lampu hijau daripada pihak berkuasa Mesir. Kami akan menubuhkan hospital ini ke kawasan yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa Mesir," kata pegawai itu.

Bantuan tersebut tiba ketika pegawai kerajaan Hamas berkata, semua hospital di utara Gaza tidak dapat beroperasi di tengah-tengah kekurangan bahan api akibat diserang tentera Israel.

Timbalan menteri kesihatan kerajaan Hamas, Youssef Abu Rish berkata, angka kematian di dalam Hospital Al-Shifa meningkat kepada 27 pesakit dari unit rawatan rapi dewasa dan tujuh bayi sejak hujung minggu kerana kemudahan itu mengalami kekurangan bahan api. - AFP

Artikel Berkaitan: