Tepung Man-G masuk pasar raya Giant

Tepung gandum Man-G boleh didapati di 43 pasar raya Giant seluruh negara.
Tepung gandum Man-G boleh didapati di 43 pasar raya Giant seluruh negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kenaikan harga tepung gandum sudah tentu memberi kesan kepada pengguna terutamanya bagi masyarakat yang tinggal di luar bandar dan berpendapatan rendah.

Menyedari hakikat itu, Kumpulan Legasi Z Sufi memastikan tepung gandum yang dikeluarkan bukan sahaja berkualiti dan memenuhi permintaan pelanggan malah dijual pada harga yang kompetitif.

Syarikat yang telah terlibat secara aktif dalam perdagangan komoditi dan bahan mentah utama bagi kegunaan industri antaranya produk makanan dan minuman itu kini memasarkan tepung gandum jenama Man-G.

Ia seiring dengan misi Legasi Z Sufi untuk membekalkan bahan mentah pada harga yang lebih murah dan harga pasaran bagi membantu masyarakat.

Pengarah Urusan Kumpulan Legasi Z Sufi, Suhaila Abdul Kadir berkata, tepung gandum Man-G dikeluarkan pada awal tahun 2023 dan boleh didapati di 43 pasar raya Giant seluruh negara.

“Kami sedang berunding untuk memasarkan produk itu ke pasar raya besar lain di seluruh negara. Tepung gandum Man-G unik berbanding tepung gandum keluaran lain kerana tidak menggunakan bahan pemutih benzoyl peroksida.

"Malah, ia dirumus khas untuk membuat biskut, kek, pau, kuih-muih, donat dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian.

Suhaila beri jaminan tepung gandung Man-G berkualiti tinggi.
Suhaila beri jaminan tepung gandung Man-G berkualiti tinggi.

Artikel Berkaitan:

Bagi menjamin keselamatan kepada pengguna, tepung Man-G telah melalui beberapa pemeriksaan kualiti yang ketat.

"Kilang pemprosesan juga melalui pemeriksaan agensi-agensi khas dan mendapat kelulusan Amalan Perkilangan Baik (GMP), ISO 9001 dan ISO 22000," jelasnya lagi.

Suhaila berkata, tepung gandum Man-G turut mengandungi lemak, karbohidrat, serat dan protein yang diperlukan menjadikan tepung ini pilihan golongan pengusaha kilang, kedai kek dan individu.

“Pengambilan makanan yang tinggi serat membantu meningkatkan kadar metabolisme dan menyumbang kepada mengekalkan berat badan,” katanya.

Khasiat yang terdapat pada tepung gandum Man-G ialah sumber serat tidak larut yang penting untuk mencegah pembentukan batu karang, terutamanya dalam kalangan wanita.

“Ia juga dapat mempercepatkan masa hadaman makanan melalui usus dan mengurangkan rembesan asid hempedu,” kata Suhaila.

Selain tepung gandum Man-G, syarikat yang ditubuhkan pada Januari 2018 itu turut mengeluarkan produk berjenama sendiri ke pasaran tempatan seperti gula, susu pekat dan susu cair.

Tepung gandum Man-G tidak menggunakan bahan pemutih benzoyl peroksida.
Tepung gandum Man-G tidak menggunakan bahan pemutih benzoyl peroksida.

“Produk Man-G merupakan produk keluaran bumiputera sepenuhnya. Sebahagian hasil jualan akan disumbangkan kepada Yayasan Almanjie dan Sekretariat Foodbank Malaysia (rakan strategik utama) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.

Sejajar dengan saranan kerajaan supaya Bumiputera lebih agresif terlibat dalam bidang ekonomi, Legasi Z Sufi sentiasa bersaing untuk lebih maju ke hadapan.

"Kami sedang mempergiat untuk memasarkan lagi kepelbagaian produk kegunaan asas dalam pasaran. Sasaran lebih 100 jenis produk, antara produk yang sedang dijalankan ialah bihun dan serbuk minuman 3 dalam 1,” katanya.

Tegasnya, perniagaan yang dijalankan bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada pengguna khususnya Bumiputera.

“Dengan misi untuk membekal pada kadar yang murah dalam pasaran, kami memerlukan pelbagai sumber kajian bagi mengenalpasti dari pelbagai sudut untuk menjadikan hasrat murni ini tercapai,” katanya.