Dua pusat hiburan diarah tutup

Premis yang diarahkan tutup oleh DBKL dalam operasi Tindakan Khas Premis Berisiko (Aktiviti Hiburan). - Foto Facebook DBKL
Premis yang diarahkan tutup oleh DBKL dalam operasi Tindakan Khas Premis Berisiko (Aktiviti Hiburan). - Foto Facebook DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup dua premis perniagaan yang dikesan menjalankan aktiviti hiburan tanpa kebenaran.

DBKL memaklumkan, sebanyak 12 premis perniagaan restoran serta pub telah diperiksa dalam operasi dijalankan di Jalan Ampang, Jalan Dang Wangi, Jalan Pudu Ulu, Jalan Tun Razak dan Setapak.

Menurutnya, sitaan peralatan di empat premis selain enam notis kompaun turut dikeluarkan dalam operasi Tindakan Khas Premis Berisiko (Aktiviti Hiburan) berkenaan.

Penguat kuasa DBKL menjalankan pemeriksaan terhadap premis yang menjalankan aktiviti hiburan tanpa kebenaran. - Foto Facebook DBKL
Penguat kuasa DBKL menjalankan pemeriksaan terhadap premis yang menjalankan aktiviti hiburan tanpa kebenaran. - Foto Facebook DBKL

"Tiga kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Petempatan Makanan (WPKL) 2016 kerana melantik pembantu tanpa kebenaran.

"Dua notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta serta satu notis kompaun Undang-Undang Kecil Iklan (WPKL) 1982 (Pamer Iklan Tanpa Lesen)," menurut kenyataan di Facebook.

Ujar kenyataan itu, kesemua premis yang diperiksa dikesan mengadakan aktiviti hiburan melibatkan persembahan live muzik, nyanyian karaoke dan DJ Muzik tanpa kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

Peralatan muzik yang disita DBKL. - Foto Facebook DBKL
Peralatan muzik yang disita DBKL. - Foto Facebook DBKL

Tambahnya, pelbagai peralatan dan barangan sitaan terdiri daripada mixer sound, digital mixing console, speaker, monitor, komputer riba dan lain-lain turut dilaksanakan.

DBKL berkata, tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang lain sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.