X

Kindly register in order to view this article
!

Buaya ditemui di Pantai Tanjung Kubong berjaya ditangkap

Gambar hiasan
A
A

LABUAN - Seekor buaya sepanjang sembilan kaki yang berjaya ditangkap di Pantai Tanjung Kubong, berhampiran sebuah tapak bersejarah ‘Gedung Ubat’ di sini, semalam telah diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Labuan.

Perhilitan percaya, buaya itu tersasar dari habitatnya di Taman Paya Bakau Kina Benuwa, sebelum ia ditemui seorang pemancing yang sedang dalam perjalanan keluar ke laut pada jam 6.50 pagi.

Penemuan (Rabu pagi) itu telah menjadi tular pada platform WhatsApp dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan (Balai Bomba Layang-Layangan) berjaya menangkapnya pada jam 2.18 petang dan menyerahkan kepada pegawai Perhilitan yang turut menyertai operasi menangkap buaya tersebut.

“Buaya itu mungkin sedang berjemur di pantai ataupun mencari makanan ketika ia dilihat di situ dan mungkin ia buaya yang sama yang sebelum ini dilihat di Taman Paya Bakau Kina Benuwa pertengahan tahun ini.

“Kami akan menaikkan papan tanda amaran di kawasan pantai berhampiran bagi mengingatkan pengunjung mengenai kemunculan dan kawasan yang menjadi habitat baharu buaya di situ,” kata pegawai Perhilitan kepada Bernama.

Penemuan buaya semalam itu merupakan penemuan buaya buat kali ketiga tahun ini dengan kali pertamanya pada Januari di Pantai Mawila. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!