Pengurusan hutan: Kelantan perlu dengar nasihat kerajaan pusat - SAM

SAM berpandangan kerajaan Kelantan perlu mendengar nasihat daripada kerajaan pusat melibatkan pengurusan hutan di negeri ini. Gambar kecil: Meor Razak
SAM berpandangan kerajaan Kelantan perlu mendengar nasihat daripada kerajaan pusat melibatkan pengurusan hutan di negeri ini. Gambar kecil: Meor Razak
A
A
A

KOTA BHARU - Pegawai Lapangan, Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman berpandangan kerajaan Kelantan perlu mendengar nasihat daripada kerajaan pusat melibatkan pengurusan hutan di negeri ini.

Menurut beliau, perkara itu penting dalam usaha menamatkan konflik hidupan liar dengan manusia yang dilihat semakin kritikal sehingga meragut nyawa.

"Kita tahu bidang kuasa tanah adalah kerajaan negeri tetapi lihat apa yang berlaku sekarang.

"Kerajaan Kelantan perlu mendapatkan nasihat serta pandangan dari segi mana kawasan yang boleh dibangunkan, mana yang tidak boleh dan dipelihara dengan sebaik mungkin," katanya ketika diminta mengulas mengenai serangan harimau di Gua Musang pada Khamis dan Jumaat sehingga meragut nyawa dua mangsa iaitu lelaki warga Indonesia dan Myanmar.

Menurut beliau, kerajaan negeri perlu mematuhi dasar yang sudah diputuskan oleh peringkat pusat dan tidak boleh mengambil tindakan sebarangan.

Ujarnya, perkara berkait dasar Rancangan Fizikal Negara yang merangkumi Pelan Rangkaian Ekologi Central Forest Spine, Dasar Perhutanan Negara, Dasar Kepelbagaian Biologi dan beberapa dasar berkaitan.

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan negeri dilihat tidak mematuhi peraturan sekali gus tidak mengikut Rancangan Fizikal Negara.

"Inilah yang menjadi punca wujudnya konflik manusia dan hidupan liar. Dasar yang ada ini sudah elok dan cantik untuk dipatuhi," katanya.

Artikel Berkaitan: