Lingard akui mental pemain United lemah

Lingard - Foto Daily Star
Lingard - Foto Daily Star
A
A
A

PEMAIN tengah Manchester United, Jesse Lingard menyifatkan pemain The Red Devils tidak memiliki mental yang kuat sekali gus menjadi punca kekalahan kepada pasukan kerdil dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu tidak pernah kalah ketika berhadapan dengan pasukan di kedudukan teratas liga, namun segalanya berubah apabila menentang pasukan lemah.

Bukti paling jelas apabila United tewas kepada pasukan di kedudukan terbawah EPL, Watford 0-2 minggu lalu walaupun sebelum itu mampu menewaskan Tottenham Hostpur dan Manchester City.

Menurut Lingard, United mampu untuk menang semua perlawanan seandainya mentaliti ketika menentang Spurs dan City berjaya dipamerkan dalam setiap perlawanan.

"Ia sesuatu yang pelik. Mungkin kerana corak pemikiran dan mentaliti kami ketika masuk ke padang dan kami berfikir bahawa telah menang perlawanan itu.

"Jika kami mengekalkan tahap konsistensi dan mentaliti kami seperti menentang City dan Spurs, saya percaya kami mampu menang setiap perlawanan.

"Mentaliti kami seperti sangat mudah berubah. Saya tidak faham kenapa ia berlaku dan kami gagal untuk mengatasinya ketika saingan sudah masuk ke pertengahan liga," katanya.

Justeru, dia mengharapkan keadaan itu akan dapat berubah supaya United akan kembali ke landasan kemenangan dan digeruni semua pasukan dalam saingan EPL.

Artikel Berkaitan: