Dekati belia antara proses rejuvenasi MCA

Ka Siong (tengah) pada sidang akhbar tersebut.
Ka Siong (tengah) pada sidang akhbar tersebut.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Objektif program Jelajah Pemuda dan Wanita MCA ke seluruh negara Disember depan bagi mendekati dan menarik minat golongan belia dilihat sebagai antara proses rejuvenasi parti berkenaan.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, golongan belia perlu diberikan perhatian kerana golongan tersebut merupakan antara komponen penting bagi membantu persediaan parti khususnya menjelang PRU akan datang.

Justeru katanya, setiap negeri diharap dapat menarik seramai 4,000 belia dalam usaha membantu persediaan tersebut.

“Penglibatan golongan belia ini sangat penting dan saya akan memberikan kuota kepada MCA di setiap negeri untuk capai (tarik) penglibatan belia.

“Di Johor, contohnya kita beri (kuota) 4,000 belia. Ini kerana kita mahukan penglibatan belia lelaki dan wanita dari segenap lapisan termasuk golongan profesional dan graduan,” katanya pada sidang akhbar di pejabat MCA Johor, di sini pada Jumaat.

Sementara itu ketika mengulas mengenai jelajah berkenaan, Ketua Pemuda MCA yang juga Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, ia merupakan sebagai langkah penting bagi mengukuhkan lagi parti berkenaan.

Katanya, selain bertujuan menarik ahli-ahli baharu, MCA juga perlu sentiasa bersemangat ketika bertemu dengan orang ramai khususnya di peringkat akar umbi.

“MCA perlu ada team yang kuat dan oleh itu penerangan mengenai hala tuju baharu parti termasuk perancangan masa depan.

Artikel Berkaitan:

“Penerangan itu juga perlu diadakan dengan penglibatan pimpinan parti sehingga ke peringkat akar umbi,” katanya.