Indahnya dakwah Rasulullah menerusi pernikahan

Ia umpama ‘perkahwinan politik’ yang mencetus pengembangan syiar Islam dan melebarkan lagi wilayah dakwah

DAKWAH Islam melalui perkahwinan pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW yang memudahkan urusan berkenaan dan mengembangkan Iagi ajaran suci itu ke seluruh pelosok. -Gambar hiasan/ Foto: 123RF
DAKWAH Islam melalui perkahwinan pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW yang memudahkan urusan berkenaan dan mengembangkan Iagi ajaran suci itu ke seluruh pelosok. -Gambar hiasan/ Foto: 123RF
A
A
A

PADA 27 Oktober lalu, Sinar Islam menyiarkan kisah tiga mualaf yang menerima hidayah ALLAH SWT atas nama perkahwinan. Sebenarnya, ia bukanlah perkara baharu.

Sebaliknya, dakwah Islam melalui perkahwinan pada hakikatnya pernah ditonjolkan sendiri oleh Rasulullah SAW.

Buktinya, ujar pendakwah Ustazah Asmak Husin, Nabi Muhammad SAW mengahwini tawanan Perang Muraisi’ yang juga seorang tokoh dalam kalangan kaum Bani Musthaliq iaitu ummul mukminin Juwairiyah binti Al-Hariths.