Pemuda tiada lesen pandu bas kilang bawa 40 penumpang

Pemeriksaan kenderaan dilakukan anggota JPJ semasa Ops Patuh Bersepadu JPJ dan JSPT di Plaza Tol Sungai Ramal, Kajang, Selangor pada Rabu.
Pemeriksaan kenderaan dilakukan anggota JPJ semasa Ops Patuh Bersepadu JPJ dan JSPT di Plaza Tol Sungai Ramal, Kajang, Selangor pada Rabu.
A
A
A

KAJANG - Keluarga susah dan mahu membantu abang alasan seorang pemuda berusia 22 tahun membawa 'bas kilang' tanpa lesen.

Individu itu mendakwa diberi upah sebanyak RM30 untuk satu trip perjalanan dari tempat kerja di Serdang ke sebuah asrama di Kajang.

Dia dipercayai membawa pekerja kontrak sejumlah 40 orang termasuk pekerja warga asing.

Ketika ditahan dan pemeriksaan dilakukan, lelaki tersebut hanya mempunyai lesen motosikal.

Lelaki tersebut antara yang ditahan dalam Ops Patuh Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Operasi tersebut turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasa lain termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang diadakan pada malam Rabu.

Pengarah JPJ Negeri Selangor, Azrin Borhan berkata, bas tersebut akan disita kerana dibawa oleh pemandu yang tidak mempunyai lesen.

Azrin (duduk, tengah) bersama rakan setugas daripada pelbagai agensi penguatkuasaan semasa pelaksanaan Ops Patuh Bersepadu JPJ dan JSPT di Plaza Tol Sungai Ramal, Kajang, Selangor pada Rabu.
Azrin (duduk, tengah) bersama rakan setugas daripada pelbagai agensi penguatkuasaan semasa pelaksanaan Ops Patuh Bersepadu JPJ dan JSPT di Plaza Tol Sungai Ramal, Kajang, Selangor pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pemuda tersebut mendakwa dia menggantikan abangnya yang pergi ke satu majlis kenduri.

"Bas tersebut tetap disita walaupun abang kepada pemandu itu akhirnya tiba di lokasi operasi di Plaza Tol Sungai Ramal.

"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan," katanya yang ditemui pada malam Rabu.

Azrin berkata, pelaksanaan penguatkuasaan bagi fasa ketiga bagi tempoh 1 hingga 30 November ini, Ops Patuh Bersepadu itu dilakukan secara kolabrasi strategik.

Kata beliau, operasi tersebut memfokuskan kepada empat jenis iaitu ops motosikal atau pemandu warga asing (PeWA), Ops Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) atau Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA), Ops Lebuh Raya serta Ops Teknikal atau Puspakom.

Jelas beliau, pelaksanaan itu diharap dapat memaksimumkan pematuhan piawaian teknikal dan keselamatan kenderaan yang digunakan oleh pengendali motosikal serta pemandu kenderaan.

Beberapa anggota AADK melakukan pemeriksaan ke atas penunggang motosikal semasa Ops Patuh Bersepadu JPJ dan JSPT di Plaza Tol Sungai Ramal, Kajang, Selangor pada Rabu.
Beberapa anggota AADK melakukan pemeriksaan ke atas penunggang motosikal semasa Ops Patuh Bersepadu JPJ dan JSPT di Plaza Tol Sungai Ramal, Kajang, Selangor pada Rabu.

"Ia merupakan strategi tangkas untuk penerapan rasa bersalah apabila pemilik atau pemandu kenderaan yang melakukan pelanggaran peraturan.

"Fokus diberikan terhadap kesalahan pengubahsuaian pelbagai aspek spesifikasi keselamatan teknikal yang tidak dibenarkan termasuk tingkah laku pemanduan berisiko atau berbahaya yang menjadi punca kemalangan serta kematian di jalan raya," ujarnya.

Tambahnya, bagi tempoh 1 hingga 6 November, sebanyak 11,650 kenderaan diperiksa dan sejumlah 1,992 kenderaan telah diambil tindakan.

Menurutnya, kesalahan paling banyak dilakukan pesalah jalan raya adalah kesalahan teknikal kenderaan iaitu 1,770 kes dan diikuti tiada atau tamat tempoh lesen kenderaan motor (LKM) serta tiada perlindungan insurans (1,220).