3.6 tan ayam sejuk beku cuba diseludup dari Thailand

Pegawai Maqis Kelantan menunjukkan sebahagian ayam sejuk beku yang dirampas.
Pegawai Maqis Kelantan menunjukkan sebahagian ayam sejuk beku yang dirampas.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Cubaan menyeludup 3.6 tan ayam sejuk beku dipercayai tiada permit import berjaya dipatahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan menerusi Op Wawasan di sekitar pangkalan haram dekat sini malam tadi.

Bagaimanapun, kesemua barangan rampasan termasuk lori yang digunakan bagi aktiviti menyeludup itu diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan untuk tindakan lanjut.

Pengarah Maqis Kelantan, Mohd Azam Yahya berkata, 300 kotak yang mengandungi keratan ayam sejuk beku cuba dibawa masuk dari Thailand ditemui ketika pemeriksaan yang dilakukan kira-kira jam 3.30 pagi.

"Rampasan keseluruhan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM60,000 itu dilakukan kerana tiada sijil kesihatan dan sijil perakuan halal daripada negara asal dikemukakan.

"Menurutnya, menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] mengimport keratan ayam sejuk beku tanpa mempunyai permit import yang sah dari Maqis," katanya

Menurutnya, bukan itu sahaja ia perlu mempunyai sijil kesihatan dan sijil perakuan halal daripada negara asal.

“Dalam Islam, mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh ALLAH ke atas setiap Muslim.

"Menjadi tanggungjawab pihaknya sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap hasil pertanian yang diimport masuk ke negara kita seperti ayam beku dijamin halal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, bukan itu sahaja ia perlu selamat untuk dimakan dan bebas daripada risiko penyakit yang boleh mengancam kesihatan keselamatan makanan serta industri penternakan dalam negara kita.