Pemandu lori muatan ayam sejuk beku maut nahas

Seorang pemandu maut selepas lori muatan ayam sejuk beku dipandunya dipercayai dirempuh sebuah kereta di KM 46.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini pada Ahad.
Seorang pemandu maut selepas lori muatan ayam sejuk beku dipandunya dipercayai dirempuh sebuah kereta di KM 46.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini pada Ahad.
A
A
A

KLUANG - Seorang pemandu maut selepas lori muatan ayam sejuk beku dipandunya dipercayai dirempuh sebuah kereta di Kilometer 46.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini pada Ahad.

Komander Operasi Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong Penguasa Bomba Mohd Nizar Ma'mun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.25 pagi.

Susulan itu katanya, tujuh anggota dari BBP Renggam dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa ayam sejuk beku dengan kereta Honda FD melibatkan dua mangsa.

"Kemalangan itu mengakibatkan lori berkenaan terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik, muatan ayam sejuk beku bertaburan atas jalan raya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, pemandu lori tersebut yang berusia 39 tahun tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara pemandu Honda FD berusia 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," ujar beliau.

Terdahulu, tular video rakaman kamera papan pemuka kenderaan yang merakam detik kemalangan maut itu hingga mendapat reaksi netizen.