Giroud bantu Milan tundukkan PSG

Olivier Giroud - Foto AFP
Olivier Giroud - Foto AFP
A
A
A

OLIVIER Giroud menyalakan harapan AC Milan kembali untuk merebut slot 16 pasukan terakhir saingan Liga Juara-Juara dengan gol kemenangan membantu kelab Itali itu menewaskan Paris Saint-Germain 2-1 pada Rabu.

Giroud meledak gol menerusi tandukan empat minit selepas rehat di San Siro untuk menghidupkan semula peluang Milan mara ke pusingan 16 terakhir dan memulihkan prestasi buruk yang dilalui mereka.

Pasukan kendalian Stefano Pioli itu memulakan perlawanan sebagai skuad tercorot Kumpulan F tetapi kini berada di kedudukan ketiga dengan lima mata dan hanya satu mata di belakang PSG yang menduduki tempat kedua.

Kemenangan itu juga membalas dendam kekalahan 0-3 kepada lawan sama di Paris dua minggu lalu.

Dalam perlawanan itu, pasukan pelawat terlebih dahulu di hadapan menerusi Milan Skriniar sebelum disamakan oleh Rafael Leao dan Giroud menjadi wira dengan gol kemenangan.

“Kami menunjukkan kepada semua orang kualiti pasukan Milan di tempat sendiri.

"Saya tidak berkata-kata tetapi sangat bangga dengan pasukan, kami bekerja sangat keras dan saya sangat gembira," kata Leao.

Milan akan menjadi tuan rumah kepada pendahulu kumpulan, Borussia Dortmund yang menduduki tempat teratas dengan kelebihan satu mata daripada PSG selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Newcastle United.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!