Mbappe pacu kemenangan PSG ke atas Lens

Mbappe (kanan) meraikan jaringan Asensio ketika membantu PSG menewaskan Lens 3-1 di Paris awal pagi Ahad. - Foto EPA
Mbappe (kanan) meraikan jaringan Asensio ketika membantu PSG menewaskan Lens 3-1 di Paris awal pagi Ahad. - Foto EPA
A
A
A

PEMAIN sensasi, Kylian Mbappe menjadi watak penting dalam perlawanan pertama di laman sendiri ketika membantu Paris Saint-Germain (PSG) membenam Lens 3-1 awal pagi Ahad.

Kemenangan juara Ligue 1 ke naib juara itu melonjakkan PSG ke tangga keempat, dua mata di belakang pendahulu AS Monaco yang seri pada Jumaat dan Marseille yang turut menang pada Sabtu.

Aksi cemerlang Mbappe dan rakan sepasukan mendapat pujian pengurus PSG, Luis Enrique yang menyifatkan tempo permainan mereka sebagai sang juara.

“Saya mengharapkan ia seperti apa yang mereka lakukan (aksi sang juara) malam ini (awal pagi Ahad), tetapi dalam bola sepak memang selalu ada kejutan.

“Rentak mereka bagaikan Liga Juara-Juara,” ujar jurulatih dari Sepanyol itu.

Mbappe yang membuat penampilan sulung di laman sendiri sejak disenaraikan semula dalam pasukan susulan pertelagahan mengenai kontrak mengancam kubu lawan sejak wisel pertama.

Pada babak pertama, satu percubaan Mbappe diselamatkan penjaga gol Lens, Brice Samba dan satu lagi dikeluarkan dari atas garisan gol oleh Kevin Danso sebelum Marco Asensio menyumbat gol pertamanya buat PSG pada minit ke-44.

Mbappe menambah gol kedua pada minit ke-52 minit selepas dia menyambut hantaran Lucas Hernandez dengan satu rembatan padu dari penjuru kotak penalti.

Dia kemudian menambah gol kedua peribadinya pada minit ke-90.

Bagaimanapun kealpaan benteng pertahanan PSG membawa padah apabila Morgan Guilavogui menjaringkan gol tunggal pelawat setelah rembatannya terkena pertahanan PSG, Milan Skriniar.

“Pemain saya amat berani apatah lagi menentang pasukan yang bertahan dengan baik. Kami mencipta banyak peluang,” ujar Enrigue.