Nafas mendepani revolusi industri 4.0

Muhamad Said (berdiri, tengah) bersama sebahagian penerima bantuan Program Jom Ke Sekolah di Dewan PPK Kluang semalam.
Muhamad Said (berdiri, tengah) bersama sebahagian penerima bantuan Program Jom Ke Sekolah di Dewan PPK Kluang semalam.
A
A
A

KLUANG - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) akan mewujudkan pelbagai idea perniagaan baharu bagi memastikan pelaburan yang dibuat mampu membawa keuntungan kepada ahli pertubuhan itu di seluruh Malaysia.

Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Muhamad Said Jonit berkata, usaha itu adalah langkah yang bersesuaian dalam usaha mendepani Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang kini berteraskan teknologi moden dan dunia tanpa sempadan.

“Kita ada sediakan perancangan untuk bantu ahli-ahli Peladang menerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN). Buat masa ini beberapa cadangan sedang diperhalusi dan kita akan teliti pelaksanaannya.

“Untuk 2020, sebanyak tiga perancangan penambahbaikan akan dilaksanakan iaitu perniagaan makanan ternakan, projek ladang padi dan memperkenalkan perniagaan dalam talian kepada ahli-ahli,” katanya kepada Sianr Harian selepas merasmikan Program Jom Ke Sekolah di Dewan PPK Kluang di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Kluang, Misbah Misran dan Timbalan Pengurus Besar PPK Kluang, Mohd Zakri Zulkefli.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan Nafas melibatkan penerima daripada golongan sasar itu julung kali dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh Malaysia.

Muhamad Said berkata, selain Johor, program yang dilaksanakan sepanjang bulan itu turut diadakan di Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis dan Selangor dengan membabitkan seramai 3,200 penerima.

“Pada program hari ini (semalam), seramai 150 pelajar dari daerah Kluang menerima baucar pembelian barangan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari yang bernilai RM150 setiap seorang," katanya.

Artikel Berkaitan: