679 mangsa termasuk 277 kanak-kanak masih di PPS

Terdapat empat PPS beroperasi di daerah Sepang yang menempatkan mangsa banjir.
Terdapat empat PPS beroperasi di daerah Sepang yang menempatkan mangsa banjir.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 679 mangsa termasuk 277 kanak-kanak masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) akibat bencana banjir di Selangor, pada Selasa.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor, Ghazali Abd Rahman berkata, jumlah setakat jam 12 tengah hari itu membabitkan 173 keluarga terdiri daripada 201 lelaki, 201 wanita, 144 kanak-kanak lelaki serta 133 kanak-kanak perempuan.

“Daerah yang paling terjejas ialah Sepang dengan 498 mangsa banjir daripada 132 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil, Dewan Orang Ramai Kampung Dato Ahmad Razali, Dewan MPKK Kampung Jenderam Hilir serta Dewan Orang Ramai Taman Gemilang.

Terdapat empat PPS beroperasi di daerah Sepang yang menempatkan mangsa banjir.
Terdapat empat PPS beroperasi di daerah Sepang yang menempatkan mangsa banjir.

"Satu PPS dibuka di daerah Hulu Langat iaitu di Sekolah Kebangsaan Bangi yang menempatkan 83 mangsa banjir daripada 19 keluarga," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, di daerah Petaling pula, satu PPS di Dewan Serbaguna Camelia Putra Heigh masih beroperasi yang menempatkan 14 keluarga terdiri daripada 68 mangsa.

Satu PPS dibuka bagi daerah Petaling iaitu di Dewan Serbaguna Camelia Putra Heigh.
Satu PPS dibuka bagi daerah Petaling iaitu di Dewan Serbaguna Camelia Putra Heigh.

Katanya, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang bagi daerah Kuala Langat pula menempatkan lapan keluarga melibatkan 30 mangsa.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, satu PPS di Sekolah Kebangsaan Semenyih telah diisytihar tutup selepas mangsa dibenarkan pulang.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri APM Selangor turut menempatkan dua keluarga yang menjadi mangsa kebakaran kediaman terdiri daripada 13 individu lima kanak-kanak di PPS Dewan Komuniti Taman Desa Hulu Yam Bharu.

APM Selangor melaksanakan tugas pemantauan di PPS dan lokasi banjir di seluruh negeri itu.
APM Selangor melaksanakan tugas pemantauan di PPS dan lokasi banjir di seluruh negeri itu.