Polis tahan pelajar Tingkatan Empat, rampas 10kg ganja

Seorang pelajar Tingkatan Empat dan rakan berusia 18 tahun ditahan bersama 10kg ganja di Pasir Mas pada Ahad.
Seorang pelajar Tingkatan Empat dan rakan berusia 18 tahun ditahan bersama 10kg ganja di Pasir Mas pada Ahad.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang pelajar Tingkatan Empat dan rakan berusia 18 tahun ditahan bersama 10 kilogram (kg) ganja dalam serbuan di tepi jalan di Kampung Banggol Petaling di sini pada Ahad.

Kedua-dua suspek itu ditahan pada jam 3.15 petang semasa berada di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintenden Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan sejurus kedua-dua suspek itu ditahan membawa kepada penemuan ganja seberat 10 kg.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM31,000," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurut beliau, hasil semakan yang dilakukan mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah berkait dadah.

Ujarnya, ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek juga didapati mereka positif ketamin.

Nik Aminuddin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula Isnin sehingga 12 November bagi tujuan siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Pihak polis ingin menegaskan bahawa usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah bukannya sekadar tanggungjawab pihak berkuasa, namun masyarakat secara umumnya perlu mempunyai kesedaran untuk turut serta," katanya.

Tambah beliau, sehubungan itu pihak polis menyeru kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di talian 09-7932222 atau di balai-balai yang berdekatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!