Kilang perabot terbakar

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran kilang perabot di Kampung Kerdas 4, di sini, pada Isnin.
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran kilang perabot di Kampung Kerdas 4, di sini, pada Isnin.
A
A
A

GOMBAK - Sebuah kilang perabot musnah dalam kebakaran di Kampung Kerdas 4, di sini, pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.56 pagi.

"Bertindak atas maklumat sepasukan pegawai dan anggota bomba serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Pandan, Seksyen 7, Gombak Selatan, Setapak, Serdang dan Kota Anggerik bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan kelas B terbakar 80 peratus.

"Pemadaman sedang dijalankan oleh pihak Bomba dan Penyelamat, setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Artikel Berkaitan: