Real lepas peluang pimpin liga

Pertahanan Rayo Vallecano Andrei Ratiu (kiri) cuba merebut bola dari Vinicius Junior dalam aksi La Liga. FOTO: AFP
Pertahanan Rayo Vallecano Andrei Ratiu (kiri) cuba merebut bola dari Vinicius Junior dalam aksi La Liga. FOTO: AFP
A
A
A

REAL Madrid melepaskan beberapa peluang untuk menjaringkan gol dan terpaksa berpuas hati apabila terikat tanpa jaringan dengan Rayo Vallecano dalam aksi La Liga di laman sendiri pada Isnin.

Tuan rumah mendominasi sejak awal permainan tetapi tidak dapat menjaringkan gol walaupun merekodkan 22 percubaan dalam perlawanan itu.

Ia adalah kali pertama Real gagal menjaringkan gol musim ini dan keputusan itu menyebabkan pasukan kendalian Carlo Ancelotti berada di kedudukan kedua di belakang Girona yang menang 4-2 di Osasuna pada Sabtu.

Barcelona yang memungut 27 mata berada di kedudukan ketiga selepas kemenangan dramatik 1-0 di Real Sociedad.

“Saya tidak bimbang untuk tidak menjaringkan gol kerana kami telah mencuba pelbagai cara. Ia tidak berjaya dan itu boleh berlaku.

"Perlawanan ini bagus terutama sikap pemain yang baik dan banyak peluang. Cuma kami gagal jaringkan gol tetapi pada pendapat saya, perlawanan tetap bagus," kata Ancelotti.

Rayo mempamerkan aksi pertahanan yang mantap diketuai oleh penjaga gol mereka, Stole Dimitrievski, yang menghalang percubaan Federico Valverde dan Joselu pada separuh masa pertama.

Vinicius Jr menyangka dia telah memberikan Real pendahuluan pada minit ke-66, namun golnya dibatalkan kerana ofsaid.

Artikel Berkaitan:

“Ia adalah permainan yang sangat komprehensif. Kami tahu stadium ini luar biasa tetapi kami telah melakukan usaha yang hebat dan saya sangat berbangga dengan rakan sepasukan saya," kata penyerang Rayo, Raul de Tomas.