Sukarela tarik diri dari Liga Super

Setiap pasukan perlu berjiwa besar dengan tidak mengambil risiko beraksi di Liga Super sekiranya tidak mempunyai kewangan yang kukuh. (Gambar kecil: Jamal Nasir)
Setiap pasukan perlu berjiwa besar dengan tidak mengambil risiko beraksi di Liga Super sekiranya tidak mempunyai kewangan yang kukuh. (Gambar kecil: Jamal Nasir)
A
A
A

PASUKAN yang tidak mampu untuk memikul beban kewangan musim depan disarankan menarik diri daripada Liga Super dan beraksi dalam saingan Liga M3.

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, setiap pasukan perlu berjiwa besar dengan tidak mengambil risiko beraksi di Liga Super sekiranya tidak mempunyai kewangan yang kukuh sekali gus mengelakkan masalah tunggakan gaji berlaku.

Menurutnya, Liga M3 menjadi tempat sesuai kepada pasukan yang mempunyai bajet yang kecil sekitar RM1.5 juta semusim berbanding Liga Super yang menelan belanja sekurang-kurangnya RM10 juta semusim.

"Bagi saya langkah terbaik untuk mengelakkan masalah tunggakan gaji ini berulang adalah daripada pasukan itu sendiri. Kalau rasa tak mampu untuk mencari sumber kewangan yang banyak, maka sukarela turun ke Liga M3.