Arab Saudi 'kecewa' negara asing kurang bantu penduduk Gaza

Abdulaziz Alwasil - Agensi
Abdulaziz Alwasil - Agensi
A
A
A

NEW YORK - Duta Arab Saudi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, pihaknya bukan sahaja bersedih akibat kematian orang awam Gaza akibat 'disembelih' tentera Israel, tetapi marah apabila masyarakat antarabangsa gagal membantu walaupun dengan menyediakan perubatan makanan dan tempat tinggal, lapor Arab News.

Justeru, Abdulaziz Alwasil menyeru gencatan senjata segera di Gaza dan menamatkan sekatan haram serta membawa masuk lebih banyak bantuan kemanusiaan tanpa halangan kepada penduduk Gaza termasuk bekalan asas seperti elektrik, bahan api, ubat-ubatan, makanan dan air.

"Oleh kerana masyarakat antarabangsa tidak dapat menamatkan pembunuhan dan pemindahan lebih lanjut, kami telah melancarkan kempen untuk membantu rakyat Palestin.

"Dalam dua hari ini kami dapat mengumpul satu perempat daripada satu juta riyal Arab Saudi," katanya.

Tambahnya, peranan agensi PBB juga penting untuk menjamin keselamatan petugas kemanusiaan yang dapat menyalurkan bantuan kepada penduduk Gaza yang sangat memerlukan.

Abdulaziz menekankan supaya Israel menghormati undang-undang kemanusiaan dan undang hak asasi manusia antarabangsa supaya perang dapat ditamatkan dengan kadar segera. - Agensi

Artikel Berkaitan: