Gempa bumi di Nepal, 143 terbunuh

Penduduk memeriksa rumah yang runtuh di daerah Jaharkot, Nepal. - Foto AFP
Penduduk memeriksa rumah yang runtuh di daerah Jaharkot, Nepal. - Foto AFP
A
A
A

NEPALGUNJ - Sekurang-kurangnya 143 orang terbunuh dalam gempa bumi semalaman yang melanda kawasan terpencil di Nepal pada Jumaat ketika pasukan menyelamat bertungkus-lumus membantu usaha menyelamat di kawasan bencana.

Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda daerah terpencil di barat Himalaya pada kedalaman 18 kilometer yang diukur Pemantau Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran kuat itu mengejutkan isi rumah dan meranapkan rumah diperbuat daripada lumpur di kawasan terjejas.

"Ia berlaku ketika kami sedang tidur. Semasa kejadian terdapat tiga orang dalam rumah itu dan kini hanya tinggal kami berdua," kata Kamala Oli, seorang wanita yang mengendong anaknya di hospital yang merawat mangsa terselamat.

Difahamkan puluhan mangsa yang terselamat mengalami kecederaan patah tulang dan di kepala dilihat bergegas mendapatkan rawatan di hospital di Nepalgunj, sebuah bandar kecil berhampiran sempadan India.

Rakaman selepas susulan di media sosial menunjukkan penduduk tempatan menggali runtuhan pada waktu malam untuk menarik mangsa masih terselamat.

Gempa bumi itu dirasai hingga New Delhi iaitu 500 kilometer dari pusat gempa.

"Seramai 105 maut di Jajarkot dan 38 di Rukum," kata jurucakap polis, Kuber Kathayat kepada AFP yang merujuk dua daerah paling teruk dilanda gempa.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, pihak berkuasa telah mengira lebih 100 orang cedera di dua daerah tersebut.

"Daerah yang terpencil menyukarkan kami untuk tiba ke sana," kata jurucakap polis wilayah Karnali, Gopal Chandra Bhattarai kepada AFP.

Nepal terletak pada garis sesar geologi utama di mana plat tektonik India menolak ke atas dalam plat Eurasia, membentuk Himalaya sehinggakan kejadian gempa bumi sering berlaku di kawasan tersebut.

Pada 2014, hampir 9,000 orang mait dan 22,000 cedera dalam gempa bumi 7.8 magnitud melanda Nepal yang turut memusnahkan setengah juta kediaman. - AFP