Berang tak dapat tukar bilik, penjaga kaunter hotel dipukul

Rakaman mangsa dipukul tular di laman sosial.
Rakaman mangsa dipukul tular di laman sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Berang tidak dapat menukar bilik hotel, dua lelaki bertindak memukul dua penjaga kaunter hotel berkenaan dalam kejadian di Bukit Bintang di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, kejadian pada jam 4 pagi itu, mangsa telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang pelanggan hotel meminta untuk bertukar ke bilik lain.

“Suspek memberi alasan biliknya kotor disebabkan botol arak bertaburan. Mangsa telah menyatakan bahawa untuk pertukaran bilik, pelanggan itu dikehendaki membayar sejumlah wang.

“Perkara itu menimbulkan perasan ketidakpuasan hati suspek, kemudian suspek bersama rakannya ke kaunter hotel dan telah memukul mangsa dan rakan sekerjanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Fahmi berkata, kedua-dua suspek itu kemudian beredar meninggalkan kaunter hotel tersebut.

“Kita telah mengenal pasti salah seorang suspek berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: