Umat Islam di Serbia berhimpun nyata sokongan terhadap Palestin

Lebih 15,000 umat Islam berhimpun di bandar Novi Pazar, Serbia bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin dan mengecam serangan Israel ke atas Gaza.
Lebih 15,000 umat Islam berhimpun di bandar Novi Pazar, Serbia bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin dan mengecam serangan Israel ke atas Gaza.
A
A
A

SERBIA - Lebih 15,000 umat Islam berhimpun di bandar Novi Pazar, Serbia pada Khamis bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin dan mengecam serangan Israel ke atas Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Para peserta melaungkan slogan menegaskan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin, termasuk menggesa kebebasan buat Palestin.

Salah seorang penganjur perhimpunan, Azra Semsovic berkata, mereka enggan berdiam diri melihat apa yang berlaku di Gaza.

"Kami tidak sanggup duduk dan melihat sahaja pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap orang awam. Jika kami mampu berbuat apa-apa, sekurang-kurangnya kami boleh turun ke jalan raya sambil berteriak bahawa kami menentang genosid,'' kata Semsovic.

Bendera Palestin dan foto penderitaan rakyat di Gaza dipamerkan ketika tunjuk perasaan itu manakala risalah menyeru agar memboikot produk Israel turut diedar.

"Kami berada di sini untuk menyokong rakyat Palestin. Muslim dan Kristian - mengatakan bahawa kami tidak akan pernah melupakan kanak-kanak yang tidak bersalah di Gaza dan Palestin.

"Kami mengutuk sebarang keganasan terhadap orang awam yang tidak bersalah," kata seorang lagi penganjur, Fejzo Radoncic.

Demonstrasi berakhir selepas solat hajat untuk rakyat Palestin. - Bernama.

Artikel Berkaitan: