'Ulat' datang pujuk, rayu pelancong

Azrin (tengah) menyoal siasat awal pemandu yang ditahan kerana terlibat aktiviti khidmat kereta sewa haram atau ulat di KLIA, pada Khamis. Toyota Vellfire yang disita selepas dipercayai diguna untuk aktiviti kereta sewa haram di KLIA2.
Azrin (tengah) menyoal siasat awal pemandu yang ditahan kerana terlibat aktiviti khidmat kereta sewa haram atau ulat di KLIA, pada Khamis. Toyota Vellfire yang disita selepas dipercayai diguna untuk aktiviti kereta sewa haram di KLIA2.
A
A
A

SEPANG - Datang memujuk dan merayu sebelum menjerat penumpang dengan bayaran mahal yang dikenakan selepas menggunakan khidmat kereta sewa haram atau 'ulat' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2, di sini.

Itu antara kegiatan dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Ulat yang menggunakan taktik penyamaran anggota sejak Januari hingga Oktober lalu.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, sepanjang tempoh itu, seramai 136 orang 'ulat' berusia lingkungan 20 hingga 60-an telah ditahan termasuk dua warga Yaman selain tindakan sitaan 136 kenderaan seperti Perodua Alza, Toyota Camry, Toyota Vellfire dan Toyota Alphard serta Perodua Bezza.

Katanya, semakan mendapati 123 adalah kenderaan milik persendirian dan 13 lagi menggunakan kenderaan awam.

"Ulat ini menawarkan perkhidmatan kereta sewa kepada orang awam serta pelancong asing yang tiba di balai ketibaan KLIA dan KLIA2 dengan mengenakan caj penghantaran tinggi berbanding teksi biasa atau limo.

JPJ Selangor menahan sebuah Perodua Alza yang diguna untuk khidmat kereta haram atau ulat.
JPJ Selangor menahan sebuah Perodua Alza yang diguna untuk khidmat kereta haram atau ulat.

"Orang awam atau pelancong ini akan dipujuk dan dirayu kononnya penghantaran cepat serta harga berpatutan," katanya dalam sidang akhbar di KLIA di sini pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan mendapati 'ulat' terbabit bergerak secara sendirian dan harga yang ditawarkan dalam lingkungan RM60 hingga RM300 ke Kuala Lumpur bergantung jenis kenderaan.

Artikel Berkaitan:

Menurut Azrin, operasi dalam tempoh dua hari sejak 1 November turut menahan tiga pemandu kereta sewa haram.

Mengulas lanjut, sejak 2015 hingga Oktober tahun ini, sebanyak 766 kes ulat'' direkodkan di Selangor di mana 29 individu dikenakan tindakan mahkamah.

"JPJ memandang serius kegiatan bersifat pentingkan diri dan mengaut untung secara haram dan akan bertindak tegas bagi membendung kegiatan ulat yang boleh merosakkan imej di sektor pelancongan negara," ujarnya.

Tindakan diambil mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Seksyen 243(1) akta yang sama.