Perusuh serbu lapangan terbang Rusia, cari rakyat Israel

Perusuh menceroboh lapangan terbang di Dagestan untuk mencari warga Israel memasuki republik itu. - Foto: AFP
Perusuh menceroboh lapangan terbang di Dagestan untuk mencari warga Israel memasuki republik itu. - Foto: AFP
A
A
A

MOSCOW - Sekumpulan perusuh menyerbu masuk sebuah lapangan terbang di Dagestan, Rusia bagi mencari warga Israel selepas khabar angin tersebar menyatakan sebuah penerbangan akan tiba dari negara dilanda konflik itu.

Gabenor Dagestan berjanji bahawa mereka yang melakukan rusuhan itu akan dihukum manakala kementerian dalam negeri republik itu menyatakan seramai 60 orang telah ditahan di lapangan terbang tersebut.

"Lebih 150 peserta telah dikenal pasti manakala 60 orang telah ditahan," menurut kenyataan kementerian pada Isnin.

Menurut video yang disiarkan di laman media portal RT dan Izvestila melaporkan puluhan penunjuk perasaan melaungkan 'Allahu Akhbar' sebelum memecah pintu dan sekatan di lapangan terbang Makhachkala selain beberapa orang dilihat menceroboh masuk ke landasan.

Agensi penerbangan Rusia, Rosaviatsiya berkata, pihaknya telah menutup sementara waktu lapangan terbang selepas pasukan keselamatan tiba di lokasi kejadian, - AFP

Artikel Berkaitan: