Gas Malaysia teruskan CSR, santuni komuniti orang asli


Gas Malaysia meneruskan kesinambungan program CSR tahun ini dengan menyantuni komuniti masyarakat orang asli di Kampung Pos Bersih, Ulu Slim dekat Behrang pada Rabu.
Gas Malaysia meneruskan kesinambungan program CSR tahun ini dengan menyantuni komuniti masyarakat orang asli di Kampung Pos Bersih, Ulu Slim dekat Behrang pada Rabu.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia) meneruskan kesinambungan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahun ini dengan menyantuni komuniti masyarakat orang asli di Kampung Pos Bersih, Ulu Slim dekat Behrang di sini.

Program sehari yang berlangsung pada Rabu itu menggabungkan empat teras utama capaian CSR syarikat berkenaan iaitu komuniti, kesihatan, alam sekitar dan sukan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata, pelaksanaan program itu sebagai komitmen yang mencerminkan dedikasi syarikat dalam memberi sumbangan kembali kepada masyarakat setempat.

"Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab, kita bukan setakat mencari keuntungan, tetapi ingin membina perhubungan dengan persekitaran termasuk komuniti yang memerlukan.

"Seperti CSR hari ini, kita adakan satu bentuk program yang menggabungkan pelbagai objektif yang memberi impak positif kepada komuniti di sini," katanya ketika ditemui dalam program itu di sini.

Ahmad Hashimi (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan wakalah zakat berjumlah RM10,000 bagi membantu menyiapkan pembinaan surau di Kampung Bangkong, Pos Bersih.
Ahmad Hashimi (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan wakalah zakat berjumlah RM10,000 bagi membantu menyiapkan pembinaan surau di Kampung Bangkong, Pos Bersih.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin dan Orang Besar Jajahan Mualim, Datuk Dr Safry Kamal Ahmad.

Ahmad Hashimi berkata, dalam program itu, Gas Malaysia menyerahkan 40 bakul rezeki berupa barangan keperluan makanan termasuk beras, gula, tepung, garam dan minyak masak kepada kumpulan sasar komuniti orang asli.

Artikel Berkaitan:

Katanya, menyedari kepentingan ekosistem alam semulajadi, syarikat itu dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Perak turut mengambil inisiatif menanam 150 anak pokok hutan dan buah-buahan serta menjalankan aktiviti pembersihan di sepanjang persisir sungai.

Sebanyak 40 bakul rezeki berupa barangan keperluan makanan termasuk beras, gula, tepung, garam dan minyak masak diserahkan kepada kumpulan sasar komuniti orang asli.
Sebanyak 40 bakul rezeki berupa barangan keperluan makanan termasuk beras, gula, tepung, garam dan minyak masak diserahkan kepada kumpulan sasar komuniti orang asli.

Sebagai menyokong pembangunan komuniti di situ, Gas Malaysia memberikan sumbangan wakalah zakat berjumlah RM10,000 bagi membantu menyiapkan pembinaan surau di Kampung Bangkong, Pos Bersih.

"Pendekatan pelbagai aspek ini juga adalah usaha terancang Gas Malaysia sepanjang 30 tahun penubuhannya untuk memupuk kesedaran dalam kalangan kakitangannya berkaitan dengan pemeliharaan ekosistem dan kebajikan setempat," katanya.