Bekas menteri Israel gesa hapus Gaza dari muka bumi

Kenyataan biadab Galit Distel Atbaryan yang menggesa Gaza dihapuskan dari muka bumi. - Foto Agensi
Kenyataan biadab Galit Distel Atbaryan yang menggesa Gaza dihapuskan dari muka bumi. - Foto Agensi
A
A
A

TEL AVIV - Bekas Menteri Komunikasi Israel dari Parti Likud yang memerintah menggesa Genting Gaza dihapuskan dari muka bumi.

Kenyataan biadab Galit Distel Atbaryan itu dimuat naik ke Facebook sambil menunjukkan rakaman serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.

Selain mencadangkan penghapusan Gaza, Distel Atbaryan turut menggelar penduduk Palestin di Tebing Barat sebagai Nazi.

"Gaza perlu dihapuskan dan Nazi di Tebing Barat juga perlu disasarkan.

"Kita memerlukan askar Israel yang pendendam dan ganas untuk misi ini," katanya.

Distel Atbaryan meletak jawatan sebagai menteri pada 12 Oktober lalu selepas pejabatnya ditutup berikutan penyusunan semula sumber kerajaan berikutan perang ke atas Gaza.

Bekas pengulas media berhaluan kanan itu sebelum ini telah banyak mengeluarkan kenyataan menghasut dan kontroversi.

Serangan Israel ke atas Gaza yang memasuki minggu keempat turut menyaksikan Menteri Pertahanan Yoav Gallant menggelar rakyat palestin sebagai haiwan.

Artikel Berkaitan:

Pengulas politik terkemuka Eliyahu Yossian pula baru-baru ini berkata: "Anda perlu memasuki Gaza pada kemuncak keganasan, dengan tujuan membalas dendam, moral sifar, mayat maksimum."

Sementara itu, Moshe Feiglin, bekas ahli Parlimen sayap kanan memberitahu, Al Jazeera satu-satunya penyelesaian adalah 'kemusnahan sepenuhnya Gaza seperti di Dresden dan Hiroshima, tanpa senjata nuklear'. - Agensi