Sila log masuk terlebih dahulu.

Representasi kes penyelewengan minyak masak anak bekas menteri ditolak

01 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 1 NOVEMBER 2023

Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan oleh anak kepada bekas menteri berhubung pertuduhan penyelewengan berkaitan minyak masak bersubsidi dihadapinya tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah.

Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Nor Alimah Mohd Sanusi memaklumkan keputusan itu kepada Hakim Mazni Nawi di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu.

Nor Alimah berkata, beliau hanya menerima representasi daripada anak bekas menteri Muhammad Faisal Hamzah, dan masih belum menerima representasi daripada Azizul Abdul Halim yang berdepan pertuduhan sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/632470/berita/semasa/agc-tolak-representasi-anak-bekas-menteri

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo