Blinken digelar 'pembunuh' sokong Israel bom penduduk Gaza

Penunjuk perasaan pro-Palestin mengangkat tangan di belakang Blinken semasa sesi penerangan di hadapan Senat. - Foto Agensi
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengangkat tangan di belakang Blinken semasa sesi penerangan di hadapan Senat. - Foto Agensi
A
A
A

NEW YORK - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken telah dicemuh dan diganggu puluhan penunjuk perasaan pro-Palestin yang mewarnakan tangan seperti 'darah' semasa sesi keterangan di hadapan Jawatankuasa Peruntukan Senat pada Selasa lalu, lapor New York Post.

Semasa sesi itu, Blinken hadir bersama Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin bagi membincangkan keperluan pakej bantuan tambahan untuk kedua-dua negara sedang berperang Israel dan Ukraine.

"Terima kasih atas peluang ini untuk memberi keterangan di hadapan anda hari ini," menurut Blinken semasa memulakan ucapan pembukaannya.

Bagaimanapun, tiba-tiba seorang lelaki berambut putih yang duduk di hadapan mula menjerit mengenai pencerobohan Israel di bumi Gaza dan mengecam pengeboman Israel di kawasan padat penduduk.

Melihat kekecohan itu, Blinken menghentikan sementara ucapannya dan memandang lelaki itu sebelum menyambung semula keterangannya sementara pihak berkuasa menyuruh penunjuk perasaan supaya diam.

"Berhenti menyokong pembunuhan beramai-ramai. Lakukan gencatan senjata sekarang. Selamatkan anak-anak Gaza dan di mana kebanggaan Amerika?" jerit lelaki sama sambil dihalau keluar pihak berkuasa.

Pada masa sama, seorang wanita menjerit supaya tiada lagi bantuan kewangan dihantar ke Israel.

Bagaimanapun, Setiausaha Negara itu menyambung keterangannya semula sambil membincangkan pentadbiran Presiden Joe Biden sebelum seorang wanita lain berpakaian merah jambu mengangkat papan tanda.

Artikel Berkaitan:

"Dunia menyeru gencatan senjata.

"Malulah anda semua.

"Dunia menggesa senjata api dan rakyat Amerika tidak menyokong perang kejam," katanya sebelum diheret keluar.

Semasa sesi itu masih berlangsung, sekumpulan penunjuk perasaan mengangkat tangan yang diwarnakan seperti 'darah' membawa simbol pembunuhan rakyat Gaza yang dibom kejam tentera Israel.

"Blinken, tangan anda ada darah penduduk Gaza. Pembunuh!

"Tiada lagi perang," jerit seorang penunjuk perasaan sebelum semua dihalau keluar dari bilik tersebut. - Agensi