Berita pilihan Mac 2019

A
A
A

1. Geng paling berbahaya di New Zealand kutuk Brenton Tarrant (1,650,534 bacaan)

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Geng bermotosikal paling berbahaya di New Zealand, Mongrel Mob mengecam tindakan pengganas kulit putih, Brenton Tarrant yang menyasarkan jemaah masjid di Christchurh.

Kumpulan samseng itu turut berkumpul di Sekolah Tinggi Hagley untuk memberi bunga dan menawarkan sokongan kepada keluarga yang terjejas dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai itu.

Seorang ahli kumpulan itu, Tanieli Fatu berkata, tindakan Tarrant adalah paling bacul dan tidak menghormati rumah ibadat.

2. Biadab! Penyerang masjid tunjuk simbol 'White Power' (1,349,689 bacaan)

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Brenton Tarrant pengganas kulit putih yang menyasarkan dua masjid di Christchurch muncul di Mahkamah Daerah Christchurch.

Berbaju putih dan bergari, Tarrant, 28, berdepan dakwaan membunuh.

Artikel Berkaitan:

Ketika dibawa masuk ke kamar mahkamah, Tarrant melemparkan senyuman sinis, malah riak wajahnya tidak menunjukkan sebarang penyesalan.

Lebih biadab, lelaki warga Australia itu turut menunjukkan simbol 'OK' terbalik yang membawa maksud 'White Power'.

3. Haziq, damailah kau di sana... (1,086,693 bacaan)

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Selepas hampir seminggu mencari, sumber Sinar Harian memaklumkan Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang hilang disahkan telah meninggal dunia.

Beliau memberitahu maklumat terkini tersebut menerusi satu panggilan telefon.

Menurutnya, difahamkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof terbang ke New Zealand untuk menghadiri majlis pengebumian.

4. Isteri meninggal dunia dalam tidur (1,071,529 bacaan)

DUNGUN - Tidak tergambar rasa hiba di hati apabila isteri kesayangannya pergi buat selama-lamanya.

Lebih menyedihkan, pemergian isterinya dalam tidur, saat dia sendiri tidak tahu puncanya.

Mazlan Omar, 35 yang bekerja sebagai penolong jurutera terkaku apabila isteri yang disangka tidur rupa-rupanya meninggal dunia dalam kejadian di Kuarters Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kampung Nibong.

5. Lebih baik dia mati saja (763,275 bacaan)

GRAFTON - AUSTRALIA. Lebih ramai sanak saudara Brenton Tarrant tampil mengutuk pembunuhan kejam lelaki itu.

Sepupu Tarrant, Donna Cox berkata serangan di Christchurch adalah amat kejam dan tidak boleh dimaafkan.

Malah katanya, Tarrant telah menconteng arang dan memalukan keluarga mereka yang menetap di Grafton.

Artikel Disyorkan