'Perolehan ventilator tahun 2020, saya jadi Menteri Kesihatan Ogos 2021' - KJ

Khairy Jamaluddin.
Khairy Jamaluddin.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan perolehan peralatan ventilator ketika pandemik Covid-19 dilakukan oleh menteri yang memegang jawatan itu pada tahun 2020.

Khairy berkata, penerangan tersebut dibuat susulan ramai yang meminta beliau untuk memberi penjelasan terhadap kegagalan mesin itu berfungsi.

“Untuk perolehan ventilator, ramai bijak pandai ini kata (saya) kena jawab soal ventilator dan perolehan ventilator ini (dilakukan) pada tahun 2020.

“Saya jadi Menteri Kesihatan pada Ogos 2021, even you cannot get the facts right, i don't even know why you're talking to me' (sedangkan anda tidak dapat fakta yang tepat, saya tidak tahu kenapa anda perlu bercakap hal ini kepada saya),” katanya menerusi Program podcast Keluar Sekejap episod 62 pada Rabu.

Berdasarkan laporan Pengurusan Wabak Covid-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan lebihan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang dikeluarkan PAC, tiada kontrak digubal antara Kementerian Kesihatan dan PLSB mengenai perolehan ventilator dan Penasihat Undang-undang KKM juga tidak dirujuk semasa proses penyediaan surat pelantikan PLSB.

Dalam pada itu, Khairy memberitahu, penjelasan itu dibuat bukan kerana mahu menyalahkan menteri lain sebaliknya untuk masyarakat mendapatkan jawapan daripada individu yang tepat.

“Bukan saya nak cakap yang ini saya campak menteri lain di bawah bas (menyalahkan menteri lain), tetapi ini adalah fakta, soal vaksin saya tak campak sesiapa di bawah bas.

“Tetapi ventilator macam mana saya nak bertanggungjawab tentang mesin tersebut. Saya bukan Menteri Kesihatan pada waktu itu. Jadi kalau nak cakap soal ventilator perlu tanya pada tuan punya badan, bukan saya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: