PDRM kesan dadah baharu 'MCDonald'

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, dalam Sinar Live bertajuk Dadah: Masalah Tak Sudah hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, dalam Sinar Live bertajuk Dadah: Masalah Tak Sudah hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan dadah jenis baharu dikenali sebagai 'MCDonald' yang diseludup ke negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, dadah ini merupakan campuran empat jenis dadah iaitu methaphetamine, amfetamin, kokain dan morfin.

"Empat jenis dadah dicampurkan dan dinamakan sebagai 'MCDonald', kita sedang membuat kajian berapa nilai dan bagaimana ia diseludup di negara ini," katanya pada Sinar Live di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata, pasukannya sedang mengambil langkah bersesuaian untuk menangani isu ini.

"Dadah terbaharu ini perlu didaftarkan segera di dalam perundangan negara agar kita boleh mendakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya," katanya.

Mohd Khalil berkata, pihaknya juga mengesan taktik terbaharu yang digunakan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas pihaknya merampas kokain seberat 12 tan bernilai RM2.4 bilion yang diseludup dari Colombia baru-baru ini.

"Kokain tersebut telah diselaputi dengan arang batu, ia merupakan taktik terbaru dan teknik sangat luar biasa yang dilakukan oleh sindiket pengedaran antarabangsa.

"Kita berdepan kesukaran mengesan dadah dicampur dengan arang itu, malah dadah itu juga gagal dikesan Unit Anjing Pengesan (K9), kita menggunakan peralatan canggih milik Jabatan Kimia Malaysia untuk mengesan dadah itu," katanya.

Artikel Berkaitan: