MR. D.I.Y. tawar hadiah bernilai RM25,000

Dua pelanggan MR. D.I.Y cuba bermain permainan 'Bounce & Bingo'.
Dua pelanggan MR. D.I.Y cuba bermain permainan 'Bounce & Bingo'.
A
A
A

KUMPULAN MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y.) melalui permainan anjurannya, Kejohanan Permainan 'Bounce & Bingo' menawarkan hadiah wang tunai dan pelbagai hadiah lain bernilai sehingga RM25,000.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Group, Alex Goh berkata, untuk menyertai permainan itu, pelanggan hanya perlu mengunjungi cawangan-cawangan MR D.I.Y. PLUS berdekatan mereka.

Menurutnya, kejohanan itu terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat satu; 'Kejohanan Peringkat Negeri' adalah untuk mencari 16 pasukan untuk mewakili setiap negeri.

“Permainan yang terbuka kepada semua ini memerlukan para peserta untuk bertanding dalam masa dua hari dari 3 hingga 4 November 2023 di cawangan-cawangan MR. D.I.Y. PLUS di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu dan bermula 4 hingga 5 November 2023 di cawangan-cawangan MR. D.I.Y. PLUS di negeri-negeri lain.

“Peringkat kedua pula merupakan peringkat akhir menyaksikan 16 pasukan pemenang dari setiap negeri bersaing di 'Perlawanan Akhir' bertempat di MR. D.I.Y. PLUS, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur untuk menjadi juara Kejohanan Permainan 'Bounce & Bingo' MR D.I.Y,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, untuk menyertai permainan itu, mereka yang berminat perlu membentuk satu pasukan dengan dua orang ahli, mereka perlu melontarkan bola ping pong secara berturutan dan terakhir ialah menyasarkan ‘Bingo’ serta masa akan direkodkan sebaik Bingo terbentuk.

“Kejohanan ini adalah yang pertama dianjurkan oleh peruncit ini dan dijangkakan banyak akan diadakan pada masa akan datang.

"Permainan 'Bingo & Bounce' mudah dimainkan dan ia memerlukan kerjasama pasukan dan mempunyai kemahiran. Kami mahu menggembirakan rakyat Malaysia dan dapat membantu mereka menghilangkan tekanan," tambah Alex Goh.

Artikel Berkaitan:

Bersempena kejohanan ini, cawangan-cawangan MR D.I.Y. PLUS di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan memberi peluang kepada para pelanggan untuk berlatih sebagai persediaan menyertai kejohanan ini bermula 28 Oktober hingga 2 November 2023 manakala di negeri-negeri lain dari 28 Oktober hingga 3 November, dan ianya terbuka kepada semua.