Berita pilihan Januari 2019

No Image Caption
A
A
A

1. Syukor satu dalam sejuta (1,663,920 bacaan)

KUALA TERENGGANU - Syukor Khamis, 14, remaja yang kini menjadi tumpuan ramai ekoran gambarnya bersama haiwan ternakan tular selepas memenangi anugerah antarabangsa diibaratkan sebagai satu dalam sejuta dan anugerah ALLAH SWT kepada keluarganya.

Itu gambaran yang diberikan Nazri Sulaiman, jurugambar yang menjadikan Syukor dan haiwan peliharaan ayahnya sebagai subjek yang dirakam hingga dipilih sebagai penerima 'Street/People Photographer of The Year 2018' oleh Asian Geographic -Image of Asia 2018.

Melalui catatan dalam laman Facebook rasminya, Nazri Sulaiman berkata, Syukor bukan hanya berkawan dengan kerbau sebaliknya turut menjadikan haiwan lain seperti kambing, lembu, angsa dan burung sebagai sahabat.

No Image Caption

2. Guru hadapi tekanan dikhuatiri hilang (1,259,487 bacaan)

BALIK PULAU - Seorang guru dikhuatiri hilang apabila tidak hadir ke sekolah tempatnya mengajar di sini.

Nur Farhana Ibrahim, 27 merupakan guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Genting di sini disahkan mengalami simptom tekanan serius (reactive depression with marked anxiety symptoms) sejak beberapa tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Dia dipercayai mengalami tekanan apabila perlu berulang alik dari Alor Setar ke sekolahnya di sini setiap hari.

3. 'Sedar-sedar ada di Padang Rengas' (1,080,886 bacaan)

KUALA KANGSAR - "Saya hanya ingat saya banyak habiskan masa berjalan kaki, menumpang tidur di surau, minum pula hanya mineral dan makan roti yang dibeli menggunakan duit dalam poket."

Pengalaman itu diceritakan, Nur Farhana Ibrahim, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Genting, Balik Pulau yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang.

Wanita berusia 27 tahun itu muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar bertujuan mendapatkan perlindungan sekitar jam 3.15 petang.

No Image Caption

4. Suspek rogol pengantin baharu diberkas (799,820 bacaan)

DUNGUN - Selepas tiga bulan berlalu, suspek kes rogol membabitkan seorang wanita yang juga pengantin baharu dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Paka berjaya diberkas.

Dalam kejadian 5 Oktober 2018, mangsa berusia 29 tahun dirogol oleh seorang lelaki bertopeng yang memecah masuk rumah sewanya.

Sewaktu kejadian mangsa yang bekerja sebagai tukang masak tidur bersendirian memandangkan rakan serumah sudah berhenti kerja, manakala suami yang baharu dikahwini beberapa bulan bekerja di Kuala Lumpur.

5. Motif pembunuhan pasangan kekasih terjawab (687,334 bacaan)

MEDAN - INDONESIA. Misteri pembunuhan sepasang kekasih yang mayat mereka ditemui dalam keadaan mengaibkan di bilik sebuah hotel di Sumatera Utara akhirnya terbongkar.

Polis mengesahkan ia adalah kejadian bunuh dan bunuh diri.

Jenayah itu berlaku di Kota Kisaran, Kabupaten Asahan.

Mangsa lelaki dikenal pasti sebagai Hasyim Prasetyo, 33, terlebih dahulu menembak bahagian belakang kepala kekasihnya, Devi Istiana, 23, sebelum bertindak membunuh diri menggunakan sepucuk pistol buatan sendiri.

Artikel Disyorkan